Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Surah Al Baqarah ayat 218

BERITA TERKINI

1. Blog KoBTP ini telah pun berjaya tersenarai dalam carian Google dan Yahoo...


2. Kepada sesiapa yang ingin meletakkan iklan mereka di blog ini sila hantarkan email kepada kobtprb@gmail.com. Harga menarik bagi mereka yang menghubungi kami di bulan Julai 2012.

3. KoBTP akan mula bersidang semula untuk menetapkan tarikh pemilihan ahli pada minggu kedua bulan Julai 2012. Diharapkan, penambahan ahli akan berlangsung sebelum bulan puasa.

4. Pertandingan Futsal Cilik KoBTP telah masuk METRO

Monday 16 July 2012

Pertandingan FUTSAL masuk METRO!!!

Seperti yang sedia maklum, KoBTP telah pun mengadakan pertandingan Futsal Cilik 2012 baru baru ini. Menjadi suatu sejarah bagi KoBTP apabila pertandingan ini telah berjaya dimasukkan dalam surat khabar Metro pada hari Jumaat 13hb July 2012. Semoga ini menjadi titik permulaan kepada KoBTP untuk bergerak lebih mantap lagi di masa akan datang.


Sunday 1 July 2012

FUTSAL De Tournament NEWS

1hb July 2012 - Pertandingan futsal bakat cilik KoBTP 2012 telah berakhir dengan jayanya semalam dengan menyaksikan kemeriahan dan senyuman para pemenang. Pertandingan yang berakhir pada jam 5.00 petang semalam sememangnya menjanjikan seribu satu kenangan yang tidak dapat dilupakan bagi mereka yang menyertainya. Perlawanan hari terakhir ini amat sengit kerana 8 pasukan terbaik telah pun bersiap sedia dalam menghadapi pertandingan ini setelah mengharungi kejohanan pada hari pertama.

Pasukan bawah 12 tahun yang berjaya melangkah ke perlawanan akhir adalah pasukan Soccer Star FC dan Chacalona Jr FC. Kedua pasukan ini telah mengharungi perlawanan separuh akhir yang sangat menarik sebelum ini dengan masing-masing nampak begitu kental dibahagian pertahanan dan tajam dibahagian serangan. Perlawanan yang bermula pada jam 4 petang itu amat menarik kerana bakat-bakat cilik ini beraksi dengan penuh kemahiran bermain bola. Namun Soccer Star telah berjaya melakukan jaringan pertama pada separuh masa pertama sebelum kedudukan menjadi satu sama sebelum wisel penamat babak pertama. Dalam keghairahan kedua-dua pasukan menyerang, akhirnya pasukan Chacalona Jr berjaya menembusi benteng Soccer Star untuk gol kedua dan gol kemenangan perlawanan tersebut.
Kegembiraan terserlah diwajah semua pemain dah puas kerana penat lelah mereka terbayar di perlawanan tersebut. Semangat setia kawan juga ditunjukkan dikalangan mereka pada perlawanan tersebut. Pengurus pasukan juga kelihatan amat kagum dengan pencapaian pasukan cilik mereka ini dalam menghadapi tekanan perlawanan akhir yang berlansung selama 15 minit.
Bagi kejohanan dibawah 14 tahun pula menyaksikan pasukan Cahaya Baru FA (C) menentang pasukan Royal 7 FC. Kedua-dua pasukan menunjukkan kehebatan mereka sejak dari peringkat kumpulan lagi. CBFA (C) yang menghantar pasukan paling banyak untuk pertandingan ini dilihat mempunyai keserasian yang amat jitu. Begitu juga pasukan Royal 7 FC yang sering bersama dalam merealisasikan impian mereka bergelar sebagai juara pertama pertandingan ini. Kedua-dua pasukan dilihat mempunyai kekuatan seimbang untuk menjadi juara. Pada babak pertama kedua pasukan kelihatan saling menyerang untuk mendapatkan gol awal. Namun pasukan CBFA mengejutkan pasukan Royal 7 FC pada awal minit dengan jaringan deras penyerang mereka yang gagal diselamatkan oleh penjaga gol pasukan lawan. Selepas jaringan itu, pasukan Royal 7 dilihat banyak melakukan asakkan untuk menyamakan kedudukan. Usaha Royal 7 berhasil pada akhir babak pertama hasil jaringan penyerang mereka apabila pasukan CBFA leka dalam mengekang asakan pihak lawan.
Babak kedua menyaksikan CBFA meningkatkan usaha untuk menjaringkan gol pendahuluan dan usaha mereka berjaya sekali lagi dengan rembatan kencang pada awal perlawanan. Mereka sekali lagi berjaya menghasilkan gol akhir di akhir perlawanan yang memastikan mereka menjuarai perlawanan akhir kejohanan ini. Kegembiraan mereka tidak dapat dibayangkan lagi setelah semua penyokong menyerbu pemain untuk meraikan kejayaan manis ini.

Tahniah kepada semua ALK KoBTP yang terlibat menjayakan kojohanan ini. Pengerusi KoBTP Azman Sapian sangat gembira dengan kejayaan bermakna bagi semua ALK ini. Pengurus kejohanan En Jeffridin Baharudin juga dilihat sangat berkaliber dalam menjalankan projek pertama KoBTP pada tahun ini. Tidak dilupakan kepada mereka-mereka yang terlibat dari awal seperti En Ahmad Firdaus, En Hafez, En Amin Haron, En Hafnizam, En Shah Aziz, Pn Norin, Pn Siti Zubaidah, En Nasir Rahman, En Syamsul Hasyim, En Ramhaimi dan En Hazman Harun. Terima kasih juga kepada En Zul Rasyid yang datang untuk membantu sedikit sebanyak hal urusetia dan juga En Nasri yang banyak memberikan idea. Semoga, semua ALK boleh lebih saling bantu membantu dalam menaikkan nama KoBTP di masa hadapan.

Ini adalah sebahagian aksi para pemenang



Tahniah CBFA (C)!!









Tahniah Chacalona Jr!!

Antara aksi-aksi si cilik pada hari pertandingan futsal

Berikut adalah antara gambar-gambar candid yang sempat di upload. Nantikan berita terkini dan laporan sensasi mengenai kejohanan Futsal Bakat Cilik KoBTP 2012.






















IKLAN

IKLAN
Bercuti di Cameron Highland dengan keluarga yang besar? Click gambar.

KOTAK IKLAN

Ingin mengiklankan produk anda di sini? RM100 utk 2 bulan. Hantarkan email kepada kobtprb@gmail.com untuk tempahan. Sementara ruang masih ada!

KOTAK IKLAN

Ingin mengiklankan produk anda di sini? RM100 utk 2 bulan. Hantarkan email kepada kobtprb@gmail.com untuk tempahan. Sementara ruang masih ada!