Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Surah Al Baqarah ayat 218

BERITA TERKINI

1. Blog KoBTP ini telah pun berjaya tersenarai dalam carian Google dan Yahoo...


2. Kepada sesiapa yang ingin meletakkan iklan mereka di blog ini sila hantarkan email kepada kobtprb@gmail.com. Harga menarik bagi mereka yang menghubungi kami di bulan Julai 2012.

3. KoBTP akan mula bersidang semula untuk menetapkan tarikh pemilihan ahli pada minggu kedua bulan Julai 2012. Diharapkan, penambahan ahli akan berlangsung sebelum bulan puasa.

4. Pertandingan Futsal Cilik KoBTP telah masuk METRO

Sejarah KoBTP


Sejarah penubuhan KoBTP

KoBTP telah ditubuhkan secara rasmi pada 14 Jun 2012 dengan mempunyai 15 orang Ahli Lembaga Koperasi (ALK) yang dilantik dalam Mensyuarat Permulaan pada 25hb Mac 2012. Sejarah permulaan penggabungan usahasama ini telah bermula dari idea salah seorang ALK, En Hazman Harun di mana kebanyakkan ALK yang dilantik merupakan ahli perniagaan kecil dan sederhana yang mempunyai produk-produk tersendiri.

Setelah 3 bulan berbincang dan melontarkan idea-idea penggabungan, maka dengan initiatif yang proaktif, 3 wakil telah dilantik untuk menguruskan pendaftaran seterusnya melantik Jawatankuasa Penaja (JP). Syukur Alhamdulillah, berkat kesabaran semua JP seramai 15 orang, KoBTP telah berjaya didaftarkan dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. KoBTP ditubuhkan dengan bidang perniagaan pengguna, merancang serta merangka pelbagai aktivit perniagaan yang bakal memberi sumbangan besar kepada Ahli juga penduduk sekitar Bandar Tasik Puteri, khususnya.

KoBTP akan melancarkan beberapa program dalam masa yang akan datang bagi memberikan menafaat atau keuntungan kepada Ahli Koperasi. KoBTP mengharapkan supaya sokongan dan dokongan semua ahli dan bakal ahli akan berkekalan dan seterusnya menaikkan lagi taraf KoBTP ke tahap yang lebih tinggi.

Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat, secara langsung dan tidak langsung dalam penubuhan ini. Sesungguhnya semangat jitu kalian semua adalah nadi kepada penubuhan KoBTP secara khusus.

No comments:

Post a Comment

IKLAN

IKLAN
Bercuti di Cameron Highland dengan keluarga yang besar? Click gambar.

KOTAK IKLAN

Ingin mengiklankan produk anda di sini? RM100 utk 2 bulan. Hantarkan email kepada kobtprb@gmail.com untuk tempahan. Sementara ruang masih ada!

KOTAK IKLAN

Ingin mengiklankan produk anda di sini? RM100 utk 2 bulan. Hantarkan email kepada kobtprb@gmail.com untuk tempahan. Sementara ruang masih ada!