Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Surah Al Baqarah ayat 218

BERITA TERKINI

1. Blog KoBTP ini telah pun berjaya tersenarai dalam carian Google dan Yahoo...


2. Kepada sesiapa yang ingin meletakkan iklan mereka di blog ini sila hantarkan email kepada kobtprb@gmail.com. Harga menarik bagi mereka yang menghubungi kami di bulan Julai 2012.

3. KoBTP akan mula bersidang semula untuk menetapkan tarikh pemilihan ahli pada minggu kedua bulan Julai 2012. Diharapkan, penambahan ahli akan berlangsung sebelum bulan puasa.

4. Pertandingan Futsal Cilik KoBTP telah masuk METRO

Berita-berita KoBTP

SENARAI PENAJA

1.
2. Pinnacle Engineering Consult (Perunding Kejuruteraan Sivil & Struktur)
3. Unilever
4. BALQIS Kindergarten
5. Asyura Cafe
6. Man & Nie Shop
7. Orang persorangan - Puan Sharmila
8. Homestay@apartment di Royal Lily Park, Cameron Highlands.
9. Orang persorangan - En Shamsul@Sam
10. Orang persorangan - Othman Sungit
11. Orang persorangan - Rashidi
12. Orang persorangan - Anuar
13. Orang persorangan - Ali
14. Orang persorangan - Suhairi
15. Soiltech Network Resources
16. Hab Halal
17. Orang persorangan - Zakaria
18. MBS Smartlink
19. Pusat Kecantikan Mama
20. Treasure Resources Network
21. PROFEZ
22. Orang persorangan - Hj Amri
23. Orang persorangan - Haji Jamil
24. Orang persorangan - air mineral
25. Ixora Design Kamal

TERIMA KASIH KEPADA PENAJA.

____________________________________________

SENARAI KOPERASI TERBAIK








SEJARAH KOPERASI

SEJARAH GERAKAN KOPERASI Idea menyelesaikan masalah secara kolektif melalui prinsip persaudaraan dan tolong menolong mula tercetus semasa revolusi perindustrian pada abad ke-18 di Eropah. Ketika itu, masyarakat ditindas, sumber kekayaan diagih secara tidak adil dan berlakunya kenaikan harga barangan. Akibatnya, taraf hidup rakyat semakin menurun dan paras kemiskinan di kalangan rakyat semakin meningkat. Idea ini telah membawa kepada perkembangan gerakan koperasi di Eropah pada abad ke-19. Koperasi pertama ditubuhkan iaitu The Rochdale Equitable Pioneers di Britain dalam tahun 1844 adalah koperasi pengguna. Gerakan koperasi kemudian berkembang ke negara lain dan merentasi benua termasuk Asia Tenggara dengan penglibatan dalam pelbagai sektor ekonomi.







Di Malaysia, koperasi diperkenalkan untuk menyelesaikan masalah petani di luar bandar yang ditindas oleh orang tengah di bawah sistem padi kunca dan masalah keberhutangan di kalangan penjawat awam di bandar. Pada tahun 1922, Pejabat "Sharikat Bersama-sama Kerja Kerana Bantu Membantu"

1 telah ditubuhkan di Taiping, Perak. Dalam tahun yang sama, Co-operative Societies Enactment 1922 diperkenalkan untuk mengawasi sharikat kerjasama yang kini dikenali sebagai koperasi. Penubuhan koperasi bertujuan menggalakkan jimat-cermat, menolong diri sendiri dan bekerjasama di kalangan mereka yang mempunyai keperluan yang sama. Sehingga tahun 2001, fokus utama dalam dasar kerajaan berkaitan koperasi ialah pematuhan perundangan koperasi bagi mengawal selia gerakan koperasi. Pada tahun 2002, julung kalinya kerajaan telah mengeluarkan dasar khusus yang memeta hala tuju koperasi.

(Dipetik daripada website Suruhanjaya Koperasi Malaysia)


________________________________________________________________

KOPERASI BANDAR TASIK PUTERI RAWANG TELAH BERJAYA DIDAFTARKAN...


KoBTP secara rasminya telah berjaya didaftarkan. Setelah mengharungi pelbagai masalah sebelum ini, kini KoBTP dan ALKnya boleh berbangga kerana di atas usaha yang gigih dan kesepakatan yang kuat membuatkan impian mewujudkan KoBTP menjadi kenyataan.

KoBTP yang diterajui oleh Pengerusinya En Azman Sapian kini boleh menarik nafas lega kerana selepas ini mereka perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada perjalanan operasi KoBTP sepenuhnya. Perancangan awal KoBTP kini bertumpu kepada melaksanakan projek yang telah pun dibincangkan di antara ALK sewaktu mesyuarat pembentangan projek yang telah diadakan di Pantai Remis pada 12 May 2012.

Rangka perlaksaan KoBTP akan tertumpu kepada fungsi utamanya iaitu Pengguna. Selain daripada itu, KoBTP mungkin akan mengadakan aktiviti untuk penduduk BTP dan anak-anak BTP yang sedang meningkat usia. Selain daripada itu, bakal-bakal ahli akan di wajibkan menghadiri kursus bagi mendalami fungsi koperasi. Ini bertujuan supaya ahli-ahli yang bakal mendaftarkan diri mempunyai matlamat jelas selepas menyertai KoBTP.

Sehubungan dengan ini, kepada bakal ahli dijemput melayari web blog ini bagi mengetahui aktiviti yang bakal dijalankan tidak lama lagi. Keyakinan anda kepada ALK yang dilantik adalah sangat dihargai.



No comments:

Post a Comment

IKLAN

IKLAN
Bercuti di Cameron Highland dengan keluarga yang besar? Click gambar.

KOTAK IKLAN

Ingin mengiklankan produk anda di sini? RM100 utk 2 bulan. Hantarkan email kepada kobtprb@gmail.com untuk tempahan. Sementara ruang masih ada!

KOTAK IKLAN

Ingin mengiklankan produk anda di sini? RM100 utk 2 bulan. Hantarkan email kepada kobtprb@gmail.com untuk tempahan. Sementara ruang masih ada!