Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Surah Al Baqarah ayat 218

BERITA TERKINI

1. Blog KoBTP ini telah pun berjaya tersenarai dalam carian Google dan Yahoo...


2. Kepada sesiapa yang ingin meletakkan iklan mereka di blog ini sila hantarkan email kepada kobtprb@gmail.com. Harga menarik bagi mereka yang menghubungi kami di bulan Julai 2012.

3. KoBTP akan mula bersidang semula untuk menetapkan tarikh pemilihan ahli pada minggu kedua bulan Julai 2012. Diharapkan, penambahan ahli akan berlangsung sebelum bulan puasa.

4. Pertandingan Futsal Cilik KoBTP telah masuk METRO

Saturday 30 June 2012

BERITA HARI PERTAMA FUTSAL BAKAT CILIK KoBTP 2012


30 June 2012 - Hari pertama Kejohanan Futsal Bakat Cilik yang dianjurkan oleh KoBTP amat menakjubkan dengan kehadiran kesemua pasukan yang bertanding. Kelihatan semua pasukan dan pengurus juga ibubapa sangat bekerjasama walaupun pertandingan dimulakan pada jam 8.40 pagi. Di saat tiupan wisel pertama, kebanyakkan pasukan bersemangat melakukan regangan dan bekerja dibawah satu pasukan.


Apa yang membanggakan pada hari pertama ini, kesemua anak-anak memberikan kerjasama penuh kepada urus setia dalam menjalankan pertandingan ini. Walaupun julung kali diadakan, pihak urus setia berusaha sedaya upaya mengawal segala permasalahan yang timbul. Masalah pada sebelah pagi adalah kerana jadual yang tidak berapa lengkap, namun dengan kepantasan menyelesaikan masalah, tepat jam 10 pagi, semua jadual perlawanan telah berjalan seperti biasa tanpa sebarang permasalahan.


Pasukan CBFA telah menghantar 6 pasukan dan antara pencabar pasukan pasukan seperti Birchwood Junior FC, Singa Utara, Soccer FC, Takde Nama FC, Royal 7 dan banyak lagi telah membuatkan para penonton terhibur dengan gelagat lincah di padang Futsal hari ini. Kebolehan anak-anak ini sangat mengkagumkan dan pihak KoBTP sedang memerhatikan beberapa bakat yang terbaik untuk diserapkan ke dalam pasukan Bola KoBTP yang akan ditubuhkan tidak lama lagi.

Apa yang cuba KoBTP terapkan pada setiap anak-anak ini adalah budaya kesukanan yang tinggi, kesungguhan dalam menjdai sebuah pasukan, juga kerjasama dan hubungan yang erat sesama mereka agar mereka menjadi anak-anak yang sentiasa bersatu dan tidak berpecah belah dikemudian hari kelak. KoBTP amat berbangga dengan kesunggahan yang ditunjukkan dan berharap, ibubapa dapat menyokong anak-anak mereka yang berbakat ini dengan hadir dan memberikan sorakkan pada hari terakhir esok. Anak-anak kita memerlukan sokongan dan dokongan daripada ibubapa.



Tahniah kepada ibubapa yang hadir pada hari pertama, dan kelihatan terlalu ramai orang berada di padang Birch pada hari pertama. Gambar di atas adalah pasukan pertama dibawah 12 tahun yang telah pun beraksi pada hari pertama. Perlawanan ini berkesudahan seri tanpa jaringan.


Perlawana bagi peringkat di bawah 14 tahun antara Snow Boys dan Royal 7 FC ini berakhir dengan kemenangan kepada pihak Royal 7 FC dengan jaringan 1 - 0. Alhamdulilah hanya 2 bantahan sahaja yang diterima, namun dalam pertandingan sebegini, semestinya ada perkara-perkara yang mungkin mengundang kepada persoalan. Namun, kesemua perlawanan yang lain berjalan dengan lancar dan keputusan pengadil perlawanan setiap gelanggang dipersetujui ramai.

Nantikan berita-berita hanya yang lain dari masa ke semasa di KoBTP blog. Blog informasi anda dan juga penduduk BTP. Salam hormat dari meja penulis.

Wednesday 27 June 2012

FUTSAL De Tournament KoBTP2012

BERITA FUTSAL - Persediaan untuk pertandingan futsal telah pun siap 100% menjelang pertandingan yang julung kali diadakan. Sebanyak 24 pasukan bawah 12 tahun dan 24 pasukan bawah 14 tahun telah pun didaftarkan yang tarikh tutup penyertaan sepatutnya pada hari Khamis 28hb Jun 2012 tepat jam 12tgh malam.

Menurut pengerusi KoBTP, En Azman Sapian "Kami tidak sangka program ini mendapat penyertaan yang menggalakkan". Program yang julung kali diadakan ini di ketuai oleh Pengurus kejohanan En Jeffridin Baharudin telah berjaya menyuntik semangat anak-anak Bandar Tasik Puteri untuk menyertai aktiviti yang sangat berfaedah ini. "Sokongan ibubapa dan teman-teman di sini banyak memberi impak kepada pertandingan ini" kata beliau.

Pertandingan 5 sebelah ini adalah pertandingan yang berunsurkan kalah mati yang bakal memilih pemain-pemain untuk diserapkan ke dalam pasukan bolasepak dan futsal KoBTP dan seterusnya membawa bakat-bakat cilik ini untuk bertanding diperingkat lebih tinggi. "Kami berharap agar dengan sedikit usaha kami ini, ibubapa sedikit sebanyak dapat memberikan dorongan kepada anak-anak mereka untuk terus bersukan demi kesihatan dan kesepakatan antara rakan sebaya di BTP ini" ujar En Jeffridin. 

Ditanya mengenai dana untuk pertandingan futsal ini "Kami mendapat sokongan penuh para peniaga yang sanggup memberikan penajaan untuk pertandingan ini. Ini satu usaha murni para peniaga dan syarikat di BTP yang sangat koperatif dan sangat sporting." Difahamkan sokongan penaja adalah sangat menggalakkan (SENARAI PENAJA). Kejohanan yang akan berlansung selama 2 hari bermula 30hb Jun 2012 hingga 1 July 2012 bertempat di padang BIRCH BTP. Dijangkakan, pertandingan ini akan di hadiri pihak media yang akan membuat liputan khas projek pertama KoBTP. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan bakat-bakat cilik yang mungkin salah satu RAMLI yang bakal menyinar dipersada sukan negara.

Thursday 21 June 2012

If you SPOT a scam you do this LIST?

Assalam and very good morning to alls,
 Lets discuss the simple test for you to avoid such SCAM investment:

S - Sound good to be true
P - Promise high return with no risk
O - One off opportunity
T - Take your money quickly

So, how does "S" means? When someone tells you "If you invest RM1000, you will received 20% return every month" then you should realized that this is a scam. Please beware!!

What about "P"? EVERYBODY should know, every investment should have its own risk at least a little risk. So, when someone promise you moon saying "This investment will not risk your money at all" - should you believed? Thats right! DON'T!

Usually, these type of scam will force you to make immediate decision. Again, be wise. Investment is about studying the potential of return received in certain time frame. So, if you spot this "Ayooo... rugi if you wait man... I cannot promise you you will get this kind of return if you join later..." - then, back off and you can enjoy your money elsewhere.

"T" is the most obvious action taken by such scam scheme. They take cash... Immediate cash. "No money no talk!" However, sometimes, they take cheques too... but very rare.

What should we do then? Its simple and easy. Go on to LIST below:

L - Licence - Check!
I - Information - Be particular!
S - Skeptical - Be wise!
T - Tough - Don't pressure yourself!

Every type of investment that involve shares and others should have the approval from Security Commission. Lets check them first whether they are truely certified person or company to hold such investment. Get their licences!

If you feel unsecure and required study on the investment, go and study the investment scheme. You don't know how to study the matter? Again, go to Security Commission and get advise. They should have all type of information that you required.

Sometimes, these people targeting the people who have little access to investment plan. They will go about people who live in the village, low income earners, pensioners and etc. Hardly they will try to persuade people with good financial back ground. So, don't just trust them even they come from your family.

Most of the time we make mistake because we always follow people in making investment. Guess what? You will be fooled by them just with a finger tips. Make wise decision and talk to those who have financial back ground in investment. Keep distance with beautiful words of wisdom in investment.

REMEMBER!!!

Investment = Time Frame = Protected = Risk

Real investment - putting money into something with the expectation of gain, that upon thorough analysis, has a high degree of security for the principal amount, as well as security of return, within an expected period of time

DON'T BE!

A GAMBLERS (Haram in Islam) - putting money into something with an expectation of gain without thorough analysis, without security of principal, and without security of return

(Source by SKM and Wikipedia)

Wednesday 20 June 2012

Skim Cepat Kaya melibatkan KOPERASI???

5. Skim Cepat Kaya melibatkan koperasi
Ciri-ciri koperasi yang menjalankan aktiviti Skim Cepat Kaya:
- Tidak menjalankan perniagaan 'genuine', tetapi menjanjikan 8%-12% keuntungan sebulan;
- Dividen yang dibayar kepada pelabur menggunakan wang yang dikutip daripada pelabur-pelabur baru;
- Perniagaan yang diceburi oleh koperasi tidak memberikan pulangan tinggi yang boleh membayar dividen pada kadar yang dijanjikan;
- Pembayaran dividen dibuat tanpa mengetahui prestasi perniagaan disebabkan akaun tidak beraudit
- Koperasi ini mempunyai agen yang membuat promosi dan memujuk pelabur-pelabur baru.
Tindakan yang boleh diambil oleh SKM terhadap syarikat yang membantu koperasi menjalankan aktiviti Skim Cepat Kaya SKM boleh mengambil tindakan terhadap syarikat terbabit melalui Akta Koperasi 1993 dengan membuat serbuan serta mengambil dokumen-dokumen yang berkaitan dengan koperasi. SKM juga telah bekerjasama dengan Bank Negara dalam usaha membanteras operasi skim ini dan mengambil tindakan di bawah akta lain seperti AMLA dan BAFIA. Tindakan yang boleh diambil oleh SKM ke atas koperasi dan Anggota Lembaga Koperasi (ALP) SKM boleh mengambil tindakan membubar koperasi dan bagi ALP pula, mereka boleh dikenakan tindakan penggantungan, pemecatan, dan pembubaran Lembaga. Di samping itu, ALP yang tidak berhemah boleh didakwa di mahkamah.

Rujukan:

Unit Hal Ehwal Korporat




Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Tuesday 19 June 2012

Kalau saya terlibat macam mana?

4. Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya anda menjadi mangsa skim seperti ini?


Jika anda mempunyai sebarang maklumat mengenai aktiviti pengambilan wang secara haram atau urus niaga mata wang asing secara haram atau anda sendiri adalah mangsa kepada aktiviti atau skim haram seumpamanya tersebut, sila hantar maklumat lanjut atau aduan anda beserta dengan dokumen berkaitan kepada Bank Negara Malaysia seperti berikut:
Unit Penyiasatan Khas
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
Faksimili: 03-26987467
E-mel: upkinfo@bnm.gov.my

atau menghubungi nombor telefon seperti berikut:

03-2691 5090
03-2698 4163
03-2691 0824
03-2692 6482
03-2694 2143

Monday 18 June 2012

Bagaimana melindungi diri dari Skim Cepat Kaya?

3. Bagaimanakah untuk melindungi diri daripada terjebak dengan skim seperti ini?


- Ingatlah pada kata hikmat ini - Sesuatu yang menguntungkan tetapi seakan terlalu mustahil untuk diterima akal, berkemungkinan besar merupakan satu penipuan;

- Berurusan hanya dengan institusi kewangan berlesen dan peniaga mata wang asing yang di beri kuasa;

- Semak terlebih dahulu dengan pihak berkuasa yang berkaitan;

- Jangan gopoh atau membiarkan diri dipaksa untuk melabur;

- Berhati-hatilah dengan pelaburan yang dibuat melalui internet;

- Berwaspada dengan sebarang peluang pelaburan yang tidak bertulis; dan

- Jika suatu pelaburan telah dibuat, simpan kesemua dokumen yang berkaitan dengan pelaburan dan komunikasi dengan selamat.


(Sumber Suruhanjaya Koperasi Malaysia)

Sunday 17 June 2012

Bagaimana mengesan Skim Cepat Kaya?

2. Bagaimanakah untuk mengesan Skim Cepat Kaya?


2.1 Aktiviti pengambilan deposit secara haram

- Orang berkenaan (individu, syarikat atau organisasi) menerima, mengambil atau menyetujuterima deposit daripada orang awam tidak mempunyai lesen di bawah seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989;

- Orang tersebut berjanji untuk membayar semula deposit dengan atau tanpa faedah atau pulangan (faedah atau pulangan pelaburan dijanjikan untuk dibayar dalam suatu tempoh masa dan dalam bentuk wang atau nilaian wang, sebagainya); dan

- Orang tersebut berjanji untuk membayar semula deposit pokok apabila pembayaran balik dituntut atau pada suatu masa atau mengikut hal keadaan yang dipersetujui oleh atau bagi pihak orang yang membuat bayaran itu dan orang yang menerimanya, dengan apa-apa balasan berupa wang atau nilaian wang (pembayaran pelaburan pokok
adakalanya dimasukkan sekali dalam faedah atau pulangan tetap yang dijanjikan).

2.2 Skim Urusniaga Mata Wang Haram
Urus niaga mata wang asing dengan seseorang, selain daripada seorang yang diberi kuasa, yang tidak mendapat kebenaran oleh Pengawal Pertukaran Wang Asing di bawah AKPW sering:

- Menawarkan kepada pelabur atau orang awam peluang untuk berurus niaga mata wang asing dengan syarikat induk (yang kononnya mempunyai lesen sah untuk berurus niaga mata wang asing di luar negara);

- Memudahkan urus niaga mata wang asing dengan menyediakan akses kepada laman web syarikat induk dan kemudahan urus niaga melalui internet;

- Menggaji lepasan siswazah sebagai eksekutif pemasaran dan mempengaruhi mereka supaya membuat ahli keluarga mereka membuat pelaburan;

- Mengarahkan pelabur-pelabur untuk mendeposit wang pelaburan sama ada ke dalam akaun bank syarikat induk atau akaun bank pihak ketiga; dan;

- Mempengaruhi pelabur-pelabur untuk menambah jumlah pelaburan ("panggilan margin") atau menghadapi risiko kehilangan pelaburan mereka.

(Sumber website Suruhanjaya Koperasi Malaysia)

Friday 15 June 2012

Isu Semasa

ISU SEMASA KOPERASI:
SKIM CEPAT KAYA
1. Apakah Skim Cepat Kaya?Satu pelan yang lazimnya menawarkan kadar pulangan yang tinggi atau tidak realistik bagi jumlah pelaburan yang kecil dan pada masa yang sama menjanjikan pelaburan tersebut adalah mudah dan bebas daripada sebarang risiko. Skim "Cepat Kaya" yang berikut adalah dilarang di bawah undang-undang yang
dikuatkuasakan oleh Bank Negara Malaysia:
      1.1 Aktiviti pengambilan deposit secara haram
Aktiviti pengambilan deposit secara haram adalah suatu perbuatan menerima, mengambil, atau menyetujuterima deposit (wang, logam berharga, batu berharga, apa-apa artikel lain dan sebagainya) daripada orang awam atau pelabur, yang menjanjikan pembayaran semula deposit tersebut biasanya dengan faedah atau pulangan atau dengan sebarang balasan yang berupa wang atau nilaian wang, tanpa mempunyai satu lesen yang sah di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989.
     1.2 Urus niaga mata wang asing haram
Perbuatan yang berikut tergolong kepada urus niaga mata wang asing haram:

     - Membeli atau menjual mata wang asing di antara dua orang dan tiada seorang daripada mereka adalah seorang peniaga yang diberi kuasa melainkan jika orang itu telah mendapatkan kebenaran daripada Pengawal Pertukaran Wang Asing di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (AKPW);

     - Membeli atau menjual mata wang asing oleh seorang pemastautin yang bukan seorang peniaga yang diberi kuasa dengan seorang di luar Malaysia melainkan jika orang itu telah mendapat kebenaran Pengawal Pertukaran Wang Asing di bawah AKPW.


(Sumber daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia)

KoBTP telah berjaya didaftarkan!


   KoBTP secara rasminya telah berjaya didaftarkan. Setelah mengharungi pelbagai masalah sebelum ini, kini KoBTP dan ALKnya boleh berbangga kerana di atas usaha yang gigih dan kesepakatan yang kuat membuatkan impian mewujudkan KoBTP menjadi kenyataan.

   KoBTP yang diterajui oleh Pengerusinya En Azman Sapian kini boleh menarik nafas lega kerana selepas ini mereka perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada perjalanan operasi KoBTP sepenuhnya. Perancangan awal KoBTP kini bertumpu kepada melaksanakan projek yang telah pun dibincangkan di antara ALK sewaktu mesyuarat pembentangan projek yang telah diadakan di Pantai Remis pada 12 May 2012.

   Rangka perlaksaan KoBTP akan tertumpu kepada fungsi utamanya iaitu Pengguna. Selain daripada itu, KoBTP mungkin akan mengadakan aktiviti untuk penduduk BTP dan anak-anak BTP yang sedang meningkat usia. Selain daripada itu, bakal-bakal ahli akan di wajibkan menghadiri kursus bagi mendalami fungsi koperasi. Ini bertujuan supaya ahli-ahli yang bakal mendaftarkan diri mempunyai matlamat jelas selepas menyertai KoBTP.

   Sehubungan dengan ini, kepada bakal ahli dijemput melayari web blog ini bagi mengetahui aktiviti yang bakal dijalankan tidak lama lagi. Keyakinan anda kepada ALK yang dilantik adalah sangat dihargai.

Thursday 14 June 2012

WELCOME TO KoBTP


Sejarah penubuhan KoBTP

   KoBTP telah ditubuhkan secara rasmi pada 14 Jun 2012 dengan mempunyai 15 orang Ahli Lembaga Koperasi (ALK) yang dilantik dalam Mensyuarat Permulaan pada 25hb Mac 2012. Sejarah permulaan penggabungan usahasama ini telah bermula dari idea salah seorang ALK, En Hazman Harun di mana kebanyakkan ALK yang dilantik merupakan ahli perniagaan kecil dan sederhana yang mempunyai produk-produk tersendiri. 

   Setelah 3 bulan berbincang dan melontarkan idea-idea penggabungan, maka dengan initiatif yang proaktif, 3 wakil telah dilantik untuk menguruskan pendaftaran seterusnya melantik Jawatankuasa Penaja (JP). Syukur Alhamdulillah, berkat kesabaran semua JP seramai 15 orang, KoBTP telah berjaya didaftarkan dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. KoBTP ditubuhkan dengan bidang perniagaan pengguna, merancang serta merangka pelbagai aktivit perniagaan yang bakal memberi sumbangan besar kepada Ahli juga penduduk sekitar Bandar Tasik Puteri, khususnya.

   KoBTP akan melancarkan beberapa program dalam masa yang akan datang bagi memberikan menafaat atau keuntungan kepada Ahli Koperasi. KoBTP mengharapkan supaya sokongan dan dokongan semua ahli dan bakal ahli akan berkekalan dan seterusnya menaikkan lagi taraf KoBTP ke tahap yang lebih tinggi.

   Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat, secara langsung dan tidak langsung dalam penubuhan ini. Sesungguhnya semangat jitu kalian semua adalah nadi kepada penubuhan KoBTP secara khusus.  

IKLAN

IKLAN
Bercuti di Cameron Highland dengan keluarga yang besar? Click gambar.

KOTAK IKLAN

Ingin mengiklankan produk anda di sini? RM100 utk 2 bulan. Hantarkan email kepada kobtprb@gmail.com untuk tempahan. Sementara ruang masih ada!

KOTAK IKLAN

Ingin mengiklankan produk anda di sini? RM100 utk 2 bulan. Hantarkan email kepada kobtprb@gmail.com untuk tempahan. Sementara ruang masih ada!